Mushroom Soup

Kalau ajak kawan datang..selalu juga hidangkan mushroom soup as appetizer.. ehehe..  Resepi dari Cik Mat Gebu yang famous.. mmg sedap sup nye..thank you for the resepi!

mushroom soup ala 'big plate'

250 g cendawan butang – yg segar lagi sedap.
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL – saya guna susu segar
1 kiub ayam “Maggi”- “Knor” je ada kat rumah
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan

CARA  :

  1. Cendawan dibasuh, lap kering dan asingkan 4 – 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
  2. Dalam non-stick wok, panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.
  3. Tuang air dan susu, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.  Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam.

Pernah cuba guna portobello mushroom, sedap juga tapi warnanya akan kelihatan gelap.

Selamat mencuba!

About FOUR A S
Currently a housewife and a mom of four girls. Love to cook and bake for the family. Wanted to learn sewing but no opportunities.....

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: